Nature friend ♥

Follow|Home
Thursday, April 25, 2013 | 6:30 AM | 0comments

Assalamualaikum :) pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmatnya saya sempat menyiapkan tugasan ini walaupun dalam masa satu hari :) .. tak lupa juga kepada ibu saya yang sentiasa menyokong saya dan memberi semangat supaya saya tidak putus asa membuat tugasan ini.. terima kasih juga kepada cikgu kerana memberi peluang kepada saya untuk memasuki pertandingan ini walaupun saya daftar lambat :) .. tak lupa juga terima kasih kpda senior saya yang bnyak membantu :) tanpa dia saya pun tak tahu tentang pertandingan ini :) .. terima kasih juga kepada  sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung :) Jasamu tetap ku kenang :) Assalamualaikum..


| 6:29 AM | 0comments



Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu,pada masa ini,di negara-negara membangun atau negara sedang membangun , masalah pencemaran air masih berlaku. Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair.

Antara punca berlaku pencemaran air ialah kilang-kilang yang tidak bermoral. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.
Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Pencemaran air boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa radioaktif seperti di Laut Kaspian dan di perairan Hemisfera Utara.

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

 Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran air dapat dikurangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah di kawasan perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.Pertambahn tong sampah juga membolehkan penduduk mempunyai tempat pembuangan sampah-sarap yang cukup.

Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen kesedaran melalui iklan televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam radio akan memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai akan lebih mudah memahami peranan mereka dan mula menanam sikap bertanggungjawab dalam diri sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara kempen-kempen yang melindungi sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita. Kempen Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan tahap  pencemaran air ke tahap yang paling minimum .

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan sepanjang tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak termasuk pihak individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha mengatasi masalah ini bersama dan seterunya mencapai Wawasan 2020.
| 6:09 AM | 0comments



Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan  sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di  antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar           .

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu  akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan  bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.
| 6:08 AM | 0comments


 Akta  Kualiti  Alam  Sekeliling  1974  mengandungi  peruntukan  yang  bertujuan mencegah,  menghapus,  mengawal  pencemaran  serta  memperbaiki  kualiti  alam  sekeliling dan  dari  aspek  yang  sering  dikaitkan  dengan  alam  sekitar  iaitu  pencemaran  yang membawa  kepada  maksud  apa-apa  perubahan  secara  langsung  dan  tidak  langsung  terhadap sifat-sifat  fizikal,  haba  dan  kimia  termasuk  kesan  biologikal  terhadap  alam  sekeliling  yang meliputi  pencemaran  air,  udara,  bunyi,  tanah  dan  laut  dan  untuk masalah  ini,  pelbagai  punca  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  menyumbang  kepada  pencemaran  alam  sekitar.

            Antara  punca  yang  telah  dapat  dikenal  pasti  yang  membawa  kepada  masalah   pencemaran  alam  sekitar  ini  ialah  masalah  sikap  individu  dan  organisasi  yang  tidak bertanggungjawab.  Hal  ini  jelas  kerana  tiada  kesedaran  sivik  dalam  diri  mereka  untuk menjaga  alam  sekitar  kerana  bagi  sesetengah  individu,  mereka  akan  sewenang-wenangnya membuang  sampah  merata-rata  tanpa  menghiraukan  keadaan  persekitaran  dan  mungkin mereka  merasakan  itu  adalah  perkara  remeh  apabila  mencampakkan  secebis  tisu  atau  sisa makanan  di  tepi  jalan.  Walhal,  jika  direnungkan  andai  ada  seratus  orang  pengguna  yang bersikap  sedemikian  sudah  semestinya  jalan  raya  akan  menjadi  kotor  dan  dipenuhi  dengan sampah-sarap.  Manakala  untuk  organisasi  seperti  kilang  yang  menjalankan  operasi pengeluaran  yang  melibatkan  sisa  toksik  dalam  penghasilan  keluaran  mereka,  pada  kebiasaannya  kilang  itu  akan  mengambil  langkah  mudah  apabila  membuang  sisa  toksik tersebut  terus  ke  dalam  laut  dan  sungai  jika  kilang  itu  didirikan  berdekatan  dengan kawasan  tersebut.  Ini  akan  mengakibatkan  pencemaran  air  dan  kilang  yang  melepaskan asap  tanpa  pemasangan  alat  penapis  udara  akan  menyebabkan  terjadinya  pencemaran udara.  Hal  ini  berikutan  sikap  individu  dan  pemilik  kilang  yang  tidak  bertanggungjawab dan  peka  pada  persekitaran  sekeliling  hasil  dari  pencemaran  alam  sekitar  yang  mereka cipta  sendiri.

            Selain  itu,  antara  punca  lain  ialah  pembangunan  secara  tidak  sistematik.  Apabila pihak  kerajaan  atau  pihak  swasta  merancang  untuk  membangunkan  sesuatu  kawasan, mereka  seharusnya  memikirkan  secara  terperinci  kesan-kesan  negatif  yang  akan  timbul terutama  yang  melibatkan  alam  sekitar  dan  bukan  tertumpu  kepada  kebaikan  dan keuntungan  pembangunan  semata-mata  kerana  akibat  dari  pembangunan  yang  akan dijalankan  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi  yang akan  dihasilkan.  Mungkin  disebabkan  penggunaan  jentera  yang  terlalu  banyak  akan menghasilkan  pencemaran  bunyi  dan  pencemaran  udara  jika  jentera-jentera  berteknologi tinggi  tersebut  mengeluarkan  asap  yang  berlebihan.  Akibat  daripada  projek-projek pembangunan  itu,  ia  juga  boleh  terjadinya  pencemaran  air  terutama  pada  waktu  hujan  jika tanah  lapang  yang  telah  dibersihkan  untuk  projek  pembangunan  itu  iaitu  tanah  merah mengalir  terus  ke  dalam  sungai  atau  laut  yang  berdekatan . Hal  ini  boleh  menjejaskan tahap  kebersihan  kualiti  air  dan  boleh  mengancam  kehidupan  ekosistem  dalam  air  yang seterusnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar. 

Di  samping  itu,  penggunaan  kenderaan  bermotor  seperti  kereta,  motosikal,  lori  dan kapal  terbang  juga  merupakan  salah  satu  dari  penyumbang  kepada  berlakunya  pencemaran alam  sekitar  seperti  pencemaran  udara  dan  pencemaran  bunyi.  Hal  ini  kerana  setiap  kenderaan akan  melepaskan  asap  kenderaan  yang  mengandungi  gas  yang  berbahaya.  Hal  ini  jika peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  terus  meningkat  pada  zaman  sekarang  maka  tahap pencemaran  juga  akan  turut  meningkat  berikutan  semakin  bertambah  jumlah  penggunaan bilangan  pengguna  jalan  raya  yang  selesa  menggunakan  kenderaan  mereka  sendiri  untuk bergerak  ke  destinasi  yang  ingin  dituju  berbanding  beramai-ramai  menggunakan  kenderaan  awam  yang  semestinya  dapat  mengurangkan  bilangan  kenderaan  di  jalan  raya. Hal  ini  akan  menyebabkan  pencemaran  udara  dan  seterusnya  menjejaskan  sistem  pernafasan  dan  daya  penglihatan  manusia  serta  pencemaran  bunyi  yang  terhasil  oleh  kapal  terbang  yang  berlepas  atau  mendarat  terutama  dikawasan  perumahan  yang berhampiran  dengan  lapangan  terbang   boleh  menjejaskan  daya pendengaran  manusia.  Hal  ini  jelas  menerangkan  bahawa  penggunaan  kenderaan  bermotor  juga  menjadi  salah  satu  punca  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar. 

            Antara  punca  lain  penyebab  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar  ialah  pembakaran  secara  terbuka.  Hal  ini  jelas  dapat  dilihat  berikutan  pembakaran  pokok-pokok  tua  di  kawasan  ladang  dan  hutan  untuk  tujuan  penanaman  semula.  Jika  dilihat  dari  satu  sudut,  penanaman semula  sememangnya  sangat  baik  tetapi  akibat  daripada  pembakaran  secara  terbuka  yang  dilakukan  oleh  sesetengah  pihak  sebenarnya  boleh  menyebabkan  berlakunya  pencemaran  udara.  Di  samping  turut  memusnahkan  kehidupan  flora  dan  fauna  disekitarnya.  Disebabkan  pembakaran  secara  terbuka  ini  jugalah  suhu  bumi  menjadi  semakin  meningkat  dan  keadaan  cuaca  di  bumi  semakin  panas.  Inilah  sebenarnya  akibat  daripada  pembakaran  secara  terbuka  yang  dijalankan  yang  akhirnya  membawa  kepada  pencemaran  alam  sekitar  serta  sekali  gus   turut  menjejaskan  kehidupan  dan  kesihatan  manusia.

            Tambahan  pula,  kurangnya  peranan  yang  dimainkan  oleh  pihak  kerajaan  juga  menjadi  salah  satu  punca  terus  berlakunya  pencemaran  alam  sekitar  pada  masa  ini.  Pihak  kerajaan  seharusnya  membuka  mata  dan  lebih  peka  terhadap  pembangunan  yang  dijalankan  oleh  semua  pihak  dengan  mengambil  kira  masalah  pencemaran  yang  bakal  terjadi  dari  setiap  projek  pembangunan  tersebut  dan  bukan  hanya  melihat  kepada  peningkatan  taraf  hidup  masyarakat  sahaja.  Perkara  ini  sangat  penting  untuk  membantu  mengurangkan  pencemaran  udara,  air,  tanah  dan  bunyi,   hasil  daripada  pembangunan  pesat  yang  giat  dijalankan  dan  tingkah  laku  sesetengah  organisasi  dan  masyarakat  yang  kurang  kesedaran  sivik.  Oleh  disebabkan  kerajaan  kurang  memainkan  peranan  dalam  menilai  aspek-aspek  inilah  yang  menyebabkan  masalah  pencemaran  berada  ditahap  yang  semakin  membimbangkan  pada  masa  kini.

            Kesimpulannya,  punca-punca  pencemaran  yang  telah  dikenal  pasti  ini  harus  diambil langkah  serius  oleh  semua  pihak  dan  organisasi  untuk  mengurangkan  masalah  pencemaran alam  sekitar  baik  daripada  pencemaran  air,  udara,  tanah  dan  bunyi.  Ia  penting  demi  memastikan  kehidupan  dibumi  ini  terjamin  dan  terhindar  dari  masalah  pencemaran  yang  semestinya  membahayakan  dan  mengancam  kesihatan  serta  kehidupan  flora  dan  fauna  untuk  generasi  akan  datang  yang  lebih  baik  dan  sihat  serta  bebas  dari  pencemaran  alam  sekitar.    
| 6:07 AM | 0comments


Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk.

Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.
Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan – haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan -  haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia.Hal ini membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

 Selain itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.
Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.
 Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya pencemaran ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.
| 6:06 AM | 0comments


Pencemaran tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan,  haiwan dan mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi, iaitu antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan bahan ubat-ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga merupakan habitat alamiah bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah.         
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.Kegiatan manusia seperti perusakan hutan dan pertanian ladang berpindah mempengaruhi kualiti tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan tanah. Jika tidak segera dihentikan, hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat menimbulkan bencana bagi kehidupan manusia.
          Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.Pembuangan sampah merata-rata dan penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Di samping itu,sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia . Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.
          Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah satu adalah merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.
Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.
          Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.
          Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.
Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan,  haiwan dan mikroorganisme. Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah. Oleh itu, kita perlu menjaga tanah dengan baik.
| 6:04 AM | 0comments

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.
Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas–gas yang tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik.
Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran  hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.
 Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal pencemaran adalah pengasing elektrostatik. Alat ini digunakan untuk menarik dan mengasingkan partikel dari udara dan melekat pada dinding cerobong asap kilang. Penggunaan alat ini dapat mengelakkan bahan tercemar daripada terbebas ke udara. Tambahan pula, wet scrubber sejenis alat yang digunakan berdasarkan prinsip dimana satu saliran gas dihubungkan dengan cecair supaya bahan tercemar dapat larut dalam cecair. Langkah akhir adalah penampalan ozon dimana bahagian zon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, menembak peluru zon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.
Kesimpulannya, pencemaran udara yang berterusan mampu memusnahkan alam sekitar dimana ia boleh menyebabkan bencana yang besar. Manusia kini hanya tahu untuk mengejar keselesaan hidup akan tetapi kita bertanggungjawad untuk menjaga alam sekitar supaya sumber alam boleh diwarisi untuk generasi akan dating. Akhir kata, hargailah alam sekitar yang memberi sumber untuk kita tidak patut kita memusnahkannya.


Pencemaran Air
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu,pada masa ini,di negara-negara membangun atau negara sedang membangun , masalah pencemaran air masih berlaku. Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut , pantai dan lain-lain tempat berair.

Antara punca berlaku pencemaran air ialah kilang-kilang yang tidak bermoral. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.
Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Pencemaran air boleh berlaku disebabkan pembuangan bahan sisa radioaktif seperti di Laut Kaspian dan di perairan Hemisfera Utara.

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat penyakit kronik jika mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

 Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar . Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

Dalam usaha mengekalkan tahap pencemaran semasa supaya tidak menjadi lebih teruk maka langkah-langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran air dapat dikurangkan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi.Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah di kawasan perumahan dan tempat tinggal perbandaran telah menyebabkan sampah- sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu,tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.Pertambahn tong sampah juga membolehkan penduduk mempunyai tempat pembuangan sampah-sarap yang cukup.

Selain itu, langkah lain yang perlu diambil ialah kempen kesedaran melalui iklan televisyen. Iklan-iklan yang ditanyangi dalam televisyen dan disebarkan dalam radio akan memberi konsep dan gambaran yang lebih terus dan orang ramai akan lebih mudah memahami peranan mereka dan mula menanam sikap bertanggungjawab dalam diri sendiri. Orang ramai juga digalakkan menyertai kempen-kempen kesedaran. Antara kempen-kempen yang melindungi sungai dan laut ialah kempen Cintailah Sungai Kita. Kempen Cintai Sungai Kita telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga sungai dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya dapat mengurangkan tahap  pencemaran air ke tahap yang paling minimum .

Kesimpulannya, pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan sepanjang tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak termasuk pihak individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha mengatasi masalah ini bersama dan seterunya mencapai Wawasan 2020.

Older Post